18 Ogos 2021 – Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) yang diterajui secara bersama oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) akan memastikan usaha pengawalan pandemik dan pemberian vaksinasi negara berjalan lancar.
Dalam kenyataan bersama, Ketua Setiausaha KKM, Dato’ Mohd Shafiq bin Abdullah dan Ketua Setiusaha MOSTI, Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir berkata, setakat 16 Ogos 2021, peratusan populasi dewasa Malaysia yang telah lengkap divaksinasi mencapai 47.2% sementara lebih 73% telah sekurang-kurangnya menerima suntikan dos pertama.
“Setakat ini, sebanyak lebih 28 juta dos suntikan telah diberikan di Malaysia.
Kenyataan bersama tersebut turut memaklumkan momentum kadar pemberian vaksinasi negara juga terus kekal konsisten di mana pada semalam terus melepasi 500,000 suntikan iaitu sebanyak 501,776 dos yang diberikan.
“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 325,902 suntikan adalah untuk dos kedua, manakala 175,874 suntikan adalah untuk dos pertama.
Sehingga 16 Ogos juga, lebih empat negeri iaitu Sarawak, Negeri Sembilan, Perlis dan Melaka, serta Wilayah Persekutuan Labuan dan Lembah Klang telah mencatatkan peratusan populasi dewasa Malaysia melebihi 40% iaitu nilai ambang yang ditetapkan dalam Pelan Pemulihan Negara.
“Selebihnya, lima negeri telah mencapai kadar 30-39% (Pulau Pinang, Terengganu, Perak, Pahang dan Kedah)
“Tiga negeri (Kelantan, Johor dan Sabah) yang berada dalam kategori 20-29%.
“Namun begitu, mengambil kira penjadualan bekalan penghantaran vaksin pada bulan ini, kesemua negeri ini disasarkan akan mencapai nilai ambang tersebut pada akhir Ogos nanti”, ujar kenyataan tersebut.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment