17 Ogos 2021 – Perkhidmatan awam juga komited mendukung konsep berkecuali dan “government of the day” berlandaskan kedaulatan undang-undang.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Zuki Ali berkata demikian dalam kenyataan beliau sejurus perletakkan jawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, semua usaha, bantuan dan inisiatif membabitkan peruntukan besar tidak akan terjejas demi kesejahteraan rakyat, khasnya Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan selain memberi jaminan perkhidmatan awam, khasnya petugas barisan harapan akan terus komited untuk memastikan sistem penyampaian kerajaan tidak terjejas, berteraskan dasar semasa kerajaan.
“Anggota perkhidmatan awam akan terus menggalas amanah yang dipertanggungjawabkan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan berpegang teguh kepada ikrar perkhidmatan awam dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara.
“Urusan pentadbiran seharian akan terus diterajui ketua setiausaha kementerian dan ketua jabatan persekutuan seperti biasa dan anggota keselamatan, terutamanya polis dan Angkatan Tentera Malaysia sentiasa dalam keadaan siap siaga bagi menjaga keamanan dan ketenteraman awam,” katanya dalam kenyataan.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment