15 Ogos 2021 – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin memaklumkan bahawa Kerajaan bersetuju membenarkan 11 jenis aktiviti ekonomi kembali beroperasi di dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai esok (16 Ogos 2021).
11 jenis aktiviti ekonomi tersebut adalah :
- Kedai cuci kereta
- Kedai elektrik dan elektronik
- Kedai barangan rumah dan peralatan dapur
- Kedai perabot
- Kedai peralatan sukan
- Kedai aksesori kereta
- Pusat pengedaran dan jualan kereta
- Pasar pagi dan pasar tani sahaja
- Kedai pakaian, fesyen dan aksesori
- Kedai barang kemas
- Kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja)
Menurut Muhyiddin di dalam satu kenyataan media yang diedarkan hari ini, bagi kedai pakaian, fesyen dan aksesori; kedai barang kemas; serta kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja) – terdapat SOP-SOP kesihatan tambahan yang perlu dipatuhi.
“Ia termasuklah memakai sarung tangan, menghadkan masa urusan antara pekerja dan pelanggan serta tidak membenarkan penggunaan fitting room. SOP-SOP ini mungkin merumitkan tetapi ia demi keselamatan pekerja dan pelanggan.
Pemilik premis yang tersenarai dalam perniagaan boleh beroperasi semula ini juga perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis MESTI menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 (digital certificate COVID-19 vaccination) bagi membuktikan individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.
Sekali lagi diingatkan, maksud vaksinasi lengkap ialah 14 hari selepas tarikh suntikan dos kedua bagi vaksin jenis dua dos, dan 28 hari selepas tarikh suntikan bagi vaksin jenis satu dos.” ujarnya.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment