14 Ogos 2021- Pulau-pulau peranginan utama negara seperti Langkawi, Pangkor, Redang, Tioman dan Perhentian dijangka dibuka semula pada awal bulan September dan tertakluk kepada keputusan semasa kerajaan berdasarkan prosedur standard operasi (SOP) semasa yang akan ditentukan oleh pihak Kerajaan ujar Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata keseluruhan pulau-pulau tersebut dijangka dapat mencapai tahap imuniti kelompok pada akhir bulan Ogos ini.
“MOTAC sentiasa bekerjasama dengan pelbagai Jabatan/Agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri supaya program vaksinasi dapat dipergiatkan terutama melibatkan pulau-pulau peranginan utama.
“Cadangan pembukaan semula sektor pelancongan hendaklah dilaksanakan dengan teliti dan berhati-hati bagi mengelakkan berlakunya penularan pandemik COVID-19 dan menyebabkan penutupan semula dibuat dan akan menjejaskan keseluruhan rantaian sektor pelancongan yang terlibat,” katanya dalam sesi libat urus secara maya dengan 15 wakil persatuan penggiat industri hari ini.
Jelasnya, MOTAC juga sedang mengemaskini dan menyiapkan SOP-SOP yang berkaitan sektor pelancongan.
“Semua pihak yang terlibat dapat bergerak dalam satu arah yang sama bagi memastikan setiap perancangan serta strategi yang direncanakan berjalan dengan lancar,” katanya.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment