13 Ogos 2021 – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan kerjasama MYNIC Berhad telah mengadakan kerjasama Program Pendigitalan Ekonomi Anak Seni Malaysia (PERANTIS) khusus untuk melatih penggiat seni ke arah pendigitalan.
Pelancaran program telah disempurnakan oleh Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS dan Datuk Ts. Hasnul Fadhly Hasan, Ketua Pegawai Eksekutif MYNIC.
FINAS dalam kenyataan media memaklumkan, menerusi kerjasama tersebut, PERANTIS menyasarkan penglibatan kepada 100 orang penggiat industri kreatif untuk berkecimpung dalam aktiviti ekonomi digital menerusi penggunaan domain .MY, penyediaan laman web e-dagang, bimbingan serta pemantauan pretasi selama tiga bulan.
“PERANTIS bertujuan mengoptimumkan keupayaan adaptasi digital serta kemahiran teknologi maklumat dalam kalangan penggiat industri kreatif tempatan ke arah memperkasakan ekonomi digital dalam sektor industri kreatif negara.
“Inisiatif ini juga akan meningkatkan kemahiran perniagaan digital bagi memasarkan produk daripada penggiat industri kreatif termasuklah produk kandungan kreatif ke pasaran yang lebih meluas dan berdaya saing secara atas talian dalam mendepani cabaran pandemik COVID-19.
FINAS turut memaklumkan menerusi inisiatif ini, ia sekaligus mempelbagaikan cabang pendapatan penggiat industri kreatif tempatan terutamanya menerusi aspek ekonomi digital selaras dengan hasrat kerajaan bagi mewujudkan komuniti masyarakat yang bersedia ke arah Revolusi Perindustrian 4.0.
- Government Committed to Strengthening Aviation Industry, Malaysia Airlines Orders 30 Boeing 737 Aircraft
- Building government digital resilience, securing the future
- The paradox of convenience
- 8.5 million to receive Rahmah Cash Assistance (STR) Phase 2 Before Aidilfitri
- Aaron Extends Greetings on International Day for the Elimination of Racial Discrimination
Leave a comment