12 Ogos 2021 – Menteri Komunikasi Multimedia, Dato’ Saifuddin Abdullah tidak bersetuju terhadap tindakan yang dikenakan terhadap pengkritik kerajaan dan pemimpin.
Beliau berkata demikian ketika sidang media pagi ini selain menasihatkan dan mengingatkan pemimpin kerajaan untuk bersifat terbuka dalam menangani kritikan rakyat.
Saifuddin berkata demikian ketika mengulas laporan berita berhubung penahanan dan siasatan pihak berkuasa terhadap orang ramai yang terlibat dalam mengkritik Menteri Besar Kedah dalam media sosial.
Mengulas mengenai perbezaan pandangan mengenai Perlembagaan Persekutuan, Saifuddin mengalukan pandangan personel berprofil tinggi seperti bekas Ketua Hakim Negara Tun Hamid Abas dan Tan Sri Gopal Sri Ram berhubung pendapat mereka mengenai perlembagaan dan kedudukan kerajaan semasa.
“Perbezaan pandangan mendalamkan pemahaman kita tentang perlembagaan. Pandangan yang keluar berasaskan tujuan apa? Emosi? Atau Perbezaan Politik? ujar Saifuddin yang menyerahkan kepada rakyat untuk menilai perkara tersebut.
Muhyiddin Seorang Demokrat
Berhubung dengan isu undi percaya Perdana Menteri di parlimen, Saifuddin memaklumkan notis persidangan sudah dikeluarkan dan parlimen akan bersidang pada 7 September ini.
“Dalam politik, apa sahaja akan terjadi”, ujar beliau ketika mengulas berhubung sama ada sidang parlimen akan diawalkan seperti yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong berjanji akan melaksanakan usul undi percaya terhadap beliau.
Muhyiddin menambah perkara ini telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Dalam perkara yang sama, Saifuddin menegaskan Perdana Menteri adalah seorang yang demokrat serta pernah berjanji selepas menjawat jawatan tersebut untuk mengadakan pilihanraya dan menyerahkan kembali mandat kepada rakyat selepas pandemik Covid-19 berakhir.
Mengulas mengenai pertemuan ketua parti Perikatan Nasional (PN), Saifuddin memaklumkan hasil daripada perjumpaan tersebut, kesemua ketua parti PN akan tetap beristiqamah dalam memberikan sokongan padu kepada Muhyiddin.
Kerajaan pimpinan Muhyiddin mengalami krisis kepercayaan akibat sebilangan ahli parlimen UMNO menarik sokongan terhadap beliau.
Selain itu juga, seramai 2 orang menteri kabinet serta sebilangan pemimpin dalam syarikat berkaitan kerajaan sudah meletakkan jawatan sekaligus mendakwa kerajaan pimpinan beliau hilang sokongan majoriti.
- Generative AI Course 2025 For Software Developers and Engineers – Agentic AI Frameworks Tools Examples Use Cases Projects Updated
- HOFA Gallery and PhillipsX Presents SPACES II: Capturing the Ephemera at Phillips’ Asia Headquarters in Hong Kong’s West Kowloon Cultural District
- Uncertainties shaping the global economy Implications for Malaysia and the world
- Sibu Struck by Flash Floods Again: 65 Evacuees Take Shelter
- ETS Expansion to Segamat Boosts Mobility and Economy
Leave a comment