10 Ogos 2021 – Melaka dijangka akan beralih kepada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada akhir bulan ini apabila perubahan pada nilai ambang tidak lagi berpandukan kepada jumlah kes harian.
Exco Kesihatan dan Antidadah Negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata selain faktor nilai ambang, Melaka turut melepasi beberapa indikator yang telah ditetapkan bagi peralihan tersebut.
“Setakat ini Melaka sudah menepati kriteria itu apabila merekodkan purata di bawah paras 12.2 kes kemasukan ke hospital bagi 100,000 penduduk dalam tempoh seminggu dengan kadar 6.1 kes serta mencapai 35.3 peratus penduduk lengkap divaksin dua dos dengan penerima bagi satu dos yang mencapai 62.6 peratus” katanya.
“Untuk satu minggu sehingga semalam rating Melaka adalah sekitar 6.1 kes dan ini layak untuk beralih ke Fasa 2. Namun syarat kedua yang masih dalam proses adalah kadar vaksin mesti melepasi 59 peratus vaksin lengkap dua dos baharu boleh beralih ke Fasa 2 sepenuhnya”.
Jelas beliau, Melaka memerlukan sekitar 15 peratus lagi nilai ambang dan insyaAllah ianya akan tercapai selewatnya hujung bulan ini. Lebih kurang 10 hari lagi kita boleh capai nilai ambang dan beralih fasa.
“Melaka akan menerima tambahan 477, 790 bekalan dos vaksin pelbagai jenis bulan ini sekali gus menyelesaikan masalah kekurangan vaksin yang berlaku” katanya.
Melaka juga turut membuat permohonan sebuah kontena khas bagi menempatkan jenazah pesakit COVID-19 kepada Kementerian Kesihatan (KKM) susulan bilik mayat sedia ada di hospital berkenaan kini telah berada di tahap maksima.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment