7 Ogos 2021 – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin hari ini mengajak seluruh warga Malaysia untuk mengibarkan Jalur Gemilang untuk diterjemahkan dalam bentuk solidariti melawan pandemik Covid-19.
Menerusi ucapan yang disiarkan secara langsung menerusi Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang, beliau berkata negara masih berada dalam tempoh mencabar susulan pandemik tersebut.
Beliau turut mengingatkan akan pentingnya mengambil iktibar dan inspirasi hasil semangat juang tinggi pemimpin dan nenek moyang kita dalam menuntut kemerdekaan negara yang penuh ranjau dan berliku.
Sambutan pada tahun ini bertemakan Malaysia Prihatin iaitu dengan mengekalkan tema yang sama pada tahun lepas.
Muhyiddin turut berharap peperangan melawan Covid-19 akan menyemai rasa cinta rasa cinta semua rakyat kepada negara, selain menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat
Beliau turut menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang dan dibudayakan dalam kehidupan seharian tanpa rasa malu dan janggal.
“Marilah kita bersama-sama melakukannya demi menzahirkan rasa cinta terhadap negara, diiringi doa dan harapan agar negara akan segera pulih dari wabak COVID-19, dan kita dapat kembali kehidupan normal dan mengecapi kemakmuran bersama”, ujar Muhyiddin lagi.
Pada tahun ini Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan ke 64 tahun dan kempen kibar Jalur Gemilang diterajui oleh Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia selaku kementerian pelaksana.
- British Council East Asia Education Week 2025 Strengthening UK-East Asia higher education partnerships
- Finexcellent Ramadan: Trade, Learn, and Give Back
- Trend Micro Ranked #1 Channel Champion by Canalys
- Prudence Foundation launches 2025 Disaster Tech Awards and partnership with AVPN
- MSIG expands Political Risk and Trade Credit capabilities in Hong Kong and Singapore through strategic collaboration with its USA office
Leave a comment