6 Ogos 2021 – Pergerakkan Wira Putra Malaysia hari ini berarak ke Istana Negara bagi menyampaikan ikrar taat setia kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Ketua Pergerakkan Wira Putra Malaysia, Saudara Nasrul Ali Hasan berkata, memorandum taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu adalah bagi mendokong prinsip dan falsafah Raja dan Rakyat Berpisah Tiada selain YDPA adalah selaku payung negara.
Selain itu juga pergerakkan tersebut menyelar sikap beberapa pihak yang dianggap sebagai penderhaka kepada institusi beraja, Perlembagaan Persekutuan selain ancaman kepada agama islam, dan penyebaran dakyah subversif menerusi media sosial.
Wira Putra juga turut memohon Yang di-Pertuan Agong untuk campur tangan bagi mengambil kembali kuasa yang telah dimandatkan kepada Perdana Menteri selain mendakwa beliau mengelirukan Dewan Rakyat dan rakyat Malaysia.
Seramai kira-kira 10 orang wakil Wira Putra termasuk ketua pergerakkan itu hadir ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Sulit Kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment