PUTRAJAYA, 4 Ogos 2021 – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyakatan bahawa terdapat pihak yang tidak senang dengan tindakannya yang enggan mencampuri urusan mahkamah sehingga mencetuskan krisis politik ketika ini.
Dalam Perutusan Khas Perdana Menteri di Putrajaya hari ini, Muhyiddin berkata, pihak berkenaan tidak selesa dengan ketegasannya yang enggan melayan desakan beberapa pihak supaya membebaskan individu tertentu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah.
“Saya tahu bahawa mereka kurang senang dengan ketegasan saya untuk tidak melayan beberapa tuntutan mereka”.
“Ini termasuk desakan supaya saya mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah” katanya.
Terdahulu beliau telah menghadap Yang di-Pertuan Agog di Istana Negara pada jam 11 pagi bagi mempersembahkan surat akuan daripada majoriti Ahli Parlimen yang masih menyokongnya sebagai Perdana Menteri.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment