KUALA LUMPUR, 3 Ogos 2021 – Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana memberinya peluang berkhidmat sebagai Menteri Tenaga Dan Sumber Asli serta kepada pimpinan UMNO yang mencadangkan beliau sebagai Menteri Kerajaan Persekutuan.
“Mengambil kira beberapa keputusan dan pendirian parti, sebagai ahli UMNO yang patuh dan setia kepada parti, saya dengan ini meletak jawatan sebagai Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan”.
“Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak dan kepada semua warga Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli”.
“Tumpuan saya selepas ini ialah memberikan fokus kepada tugas sebagai Ahli Parlimen Lenggong dan membantu memperkuat parti dalam menghadapi situasi politik yang semakin mencabar” katanya.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment