3 Ogos 2021 – Kerajaan hari ini akur untuk membahaskan dan mengungkaikan usul ordinan-ordinan darurat selaras peruntukan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata usul berkenaan akan dibawa dalam sidang Parlimen yang dijdualkan
berlangsung pada bulan September 2021.
Menerusi kenyataan media, beliau memaklumkan proses pembatalan ordinan tersebut oleh Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong sepertimana yang disembah nasihat oleh Jemaah Menteri pada 23 Julai lepas tidak dapat disempurnakan.
“Dengan berakhirnya Proklamasi Darurat pada 1 Ogos lepas, berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, pembatalan ordinan darurat oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak lagi berbangkit.
Menurut beliau lagi, usul ini yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri esok diharap dapat menyelesaikan polemik bekaitan pembatalan ordinan-ordinan darurat secara harmoni dan berpelembagaan.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment