31 Julai 2021 – Kerajaan hari ini memutuskan untuk menangguhkan persidangan Dewan Rakyat kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.
LNA memetik sumber surat rasmi daripada Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin kepada Ahli Dewan Rakyat di mana Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berhubung penangguhan ini yang selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(3), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
“Penangguhan ini adalah selaras dengan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan serta penilaian risiko semasa yang telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan susulan perkembangan terbaharu penularan jangkitan COVID-19 yang mana Kementerian Kesihatan berpendapat bahawa Parlimen Malaysia merupakan lokaliti berisiko untuk berlakunya penularan jangkitan COVID-19”, ujar surat tersebut.
Nizam juga telah diarahkan oleh Dato’ Haji Mohd Rashid bin Hasnon, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk mengemukakan pemberitahuan ini kepada Ahli Dewan Rakyat berhubung penangguhan persidangan Dewan Rakyat pada 2 Ogos ini.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment