24 Julai 2021 – Polis hari ini menggesa orang ramai supaya segera membuat laporan polis sekiranya mendapati mereka tidak disuntik dengan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara.
Selain itu juga, bagi penerima vaksin yang masih gelisah dan merasakan terpedaya dengan tidak disuntik vaksin, polis menyarankan penerima tersebut segera membuat ujian “Covid Neutralizing Antibody Test” di makmal perubatan berlesen sebulan (30 hari) selepas menerima suntikan kedua sebagai pengesahan keberadaan antibody dalam badan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Dato’ Sri Abd Jalil Hassan berkata, ekoran kenyataan media yang dikeluarkan sebelum ini, polis masih menerima pertanyaan dan aduan berkaitan kes tersebut.
“Bagi kejadian berlakunya penawaran palsu atau penipuan penjualan vaksin di pasaran dan secara dalam talian di luar Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, orang ramai boleh membuat aduan kepada polis dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu”, ujar beliau dalam kenyataan media semalam.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment