23 Julai 2021– Suntikan vaksin kosong yang diterima oleh beberapa individu melalui petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) masih dalam siasatan polis.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Dato’ Sri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya telah menerima 13 laporan polis dan siasatan sedang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).
“Laporan polis yang diterima adalah melibatkan 7 kes di Kuala Lumpur, 3 kes di Selangor dan masing-masing 1 kes di Kedah, Perak dan Melaka”, ujar beliau dalam kenyataan media.
Menurut beliau lagi, penawaran palsu atau penipuan penjualan vaksin di pasaran sedang disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK).
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa peka dan cakna bagi membendung penipuan penjualan vaksin Covis-19.
“Sehingga kini vaksin hanya dibekalkan oleh kerajaan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan sebarang penjualan atau pembekalan vaksin melalui mana-mana medium termasuk secara dalam talian adalah tidak dibenarkan”, ujar beliau lagi.
Beliau mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan atau ciapan yang belum dipastikan kebenarannya serta akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang membuat laporan palsu.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment