23 Julai 2021 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin memberi peringatan kepada orang ramai untuk tidak terpedaya dengan sebarang gimik jualan murah yang terdapat di dalam Internet.
SKMM dalam kenyataan media memaklumkan kebanyakan produk ini dijual dari laman sesawang atau aplikasi tidak berdaftar di dalam negara dan ia tidak tertakluk kepada akta di dalam Malaysia.
“Sesetengah produk yang dipromosikan di platform tersebut mempunyai kecenderungan untuk menyerupai produk berjenama. Pengguna juga akan menghadapi masalah untuk mendapatkan hak pengguna dari platform berkenaan jika kualiti produk yang telah dibeli melalui gimik jualan murah tersebut gagal memenuhi jangkaan yang dikehendaki oleh pengguna” ujar suruhanjaya tersebut dalam kenyataan hari ini.
SKMM menyarankan orang ramai untuk lebih bijak dalam menilai jualan dan promosi di platform e-dagang serta berwaspada dengan platform yang digunakan ketika melakukan transaksi.
“Orang ramai perlu meneliti syarat-syarat perkhidmatan dan polisi yang berkaitan dengan pembayaran balik dan pampasan yang ditetapkan oleh penyedia platform e- dagang, bagi melindungi diri daripada terdedah kepada risiko yang tidak diingini”, ujar suruhanjaya tersebut lagi.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment