PUTRAJAYA 22 Julai 2021 – Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) selaku Urus Setia Jawatankuasa Media dan Publisiti Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2021 telah membangunkan satu laman khas iaitu www.merdeka360.my sebagai portal rasmi sambutan pada tahun ini.
Dalam satu kenyataan media semalam, JaPen memaklumkan portal itu berperanan sebagai pusat sehenti dalam menyampaikan informasi berkaitan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 meliputi maklumat seperti siaran media dan teks ucapan serta bahan promosi seperti logo.
“Portal tersebut turut digunakan bagi menyampaikan maklumat mengenai aktiviti sempena sambutan HKHM 2021 anjuran syarikat berkaitan kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan syarikat swasta selain memaklumkan senarai program, pertandingan dan acara khas HKHM 2021 yang akan berlangsung” katanya.
Dalam kenyataan yang sama, Japen turut mengadakan hebahan maklumat di media sosial melalui akaun Facebook, Instagram dan Twitter di @merdeka360.
Menurut JaPen, semua saluran ini merupakan platform rasmi yang bertujuan untuk menggalakkan penyertaan orang awam seterusnya bersama-sama membantu menyebar luas program dan acara HKHM 2021”.
“Penganjuran program-program dan acara-acara ini juga secara tidak langsung dapat menyemarakkan serta menggelorakan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia” katanya.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment