20 Julai 2021 – Kerajaan hari ini meluluskan pembukaan semula aktiviti penggambaran filem di luar studio dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat.
Kelulusan ini selaras dengan pengumuman oleh Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Timbalan Perdana Menteri semalam.
Menteri Komunikasi Multimedia, Dato’ Saifuddin Abdullah berkata, kelulusan untuk aktiviti penggambaran filem pada fasa dua adalah berpandukan kepada pelaksanaan syarat-syarat yang diperketatkan di bawah Protokol Gelembung Penggambaran (PREP) oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
“Inisiatif PREP ini juga adalah kawalan bersepadu aktiviti penggambaran yang bergerak dalam zon gelembung yang terasing, terkawal dan terhad melalui pematuhan syarat-syarat utama di bawah kelulusan Surat Perakuan Penggambaran Filem Khas (SPP Khas) FINAS”, ujar beliau dalam kenyataan media hari ini.
Saifuddin turut menyeru syarikat produksi yang terlibat untuk sentiasa mematuhi semua syarat-syarat yang dinyatakan untuk mengelakkan sebarang implikasi perundangan, keselamatan dan kesihatan khususnya dalam usaha kerajaan memerangi wabak COVID-19 ini.
Butiran lanjut mengenai SOP dan garis panduan tersebut boleh didapati menerusi laman sesawang KKMM di www.kkmm.gov.my dan FINAS di www.finas.gov.my.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan FINAS di talian 03-41041300 atau e-mel di info@finas.my.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment