PUTRAJAYA 19 Julai 2021– Kerajaan bersetuju dengan inisiatif bagi membantu pemajak tanah Persekutuan yang terlibat dalam sektor yang terjejas teruk melalui pemberian diskaun kadar pajakan sebanyak 50% bagi tahun 2021 daripada nilai kadar pajakan tahunan kepada pemajak yang memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan
Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata kerajaan amat prihatin dengan beban yang dihadapi oleh pemajak- pemajak tanah Persekutuan yang terdiri daripada sektor pelancongan, perhotelan, penerbangan dan pelabuhan yang merupakan sektor yang paling teruk terjejas dan memerlukan masa untuk kembali stabil berikutan penularan wabak COVID-19.
“Kerajaan melalui Pesuruhjaya Tanah Persekutuan boleh memajak tanah Persekutuan kepada pihak lain berdasarkan Seksyen 221 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 dengan menandatangani Perjanjian Pajakan mengikut tujuan-tujuan yang dibenarkan dan dikenakan bayaran pajakan secara tahunan” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Tambah beliau, sekiranya pemajak tidak memenuhi kriteria yang membolehkan pengurangan kadar pajakan diberikan, pemajak-pemajak boleh mengemukakan permohonan penjadualan semula bayaran pajakan bagi tahun 2021 kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan serta dikecualikan denda lewat.
“Melalui inisiatif ini, diharapkan dapat membantu pemajak untuk menyusun semula aliran tunai bagi mengekalkan perniagaan mereka di atas tanah-tanah Persekutuan, di samping mengelakkan tanah-tanah tersebut daripada terbiar” katanya.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment