17 JULAI 2021 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam telah mengeluarkan arahan kepada semua anggota yang menjalankan sekatan jalan raya (SJR) untuk tidak menerima surat dokumen daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya telah mengesan peningkatan bilangan kenderaan di lebuh raya untuk tempoh 2 hari yang lepas.
“Bagi mengelakkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab daripada menyalahgunakan surat kebenaran MITI sebagai kelulusan merentas negeri untuk sambutan Hari Raya Aidiladha, semua sekatan jalan raya sempadan-sempadan negeri telah diarah agar meningkatkan penguatkuasaan”, ujar beliau dalam kenyataan semalam.
Menurut beliau lagi, arahan tersebut berkuatkuasa bermula 18 Julai sehingga 21 Julai ini dan tidak terpakai bagi urusan kecemasan dengan kebenaran polis serta urusan kesihatan termasuk vaksinasi.
Katanya lagi, pihak oolis juga akan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi. Beliau juga menasihatkan masyarakat untuk bersama-sama memainkan peranan dalam melandaikan lengkuk jangkitan Covid-19.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment