15 JULAI 2021 – Bagi mempercepatkan pendaftaran Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) kaedah pendaftaran secara atas talian telah dilaksanakan menerusi halaman sesawang http://pikas.miti.gov.my.
Dalam satu kenyataan yang diedarkan semalam, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Lim Ban Hong berkata PIKAS telah mendapat sambutan yang amat tinggi dan telah membantu menyokong mempercepatkan kadar vaksinasi rakyat Malaysia.
“PIKAS memainkan peranan yang amat penting dalam memberi keyakinan kepada pekerja di dalam sektor pembuatan untuk berasa selamat ke tempat kerja. Program ini juga adalah langkah pragmatik untuk meningkatkan semula produktiviti syarikat dalam kita menyesuaikan hidup bersama pandemik ini,” kata beliau.
Dalam kenayataan yang sama, MITI menyarankan kepada syarikat-syarikat yang menghantar maklumat mereka melalui emel sebelum ini untuk memasukkan maklumat syarikat mereka di sistem atas talian PIKAS supaya maklumat tersebut lengkap bagi tujuan penyelarasan dan pemprosesan.
“Setakat 14 Julai 2021, sebanyak 10,522 syarikat yang melibatkan 903,244 orang pekerja di seluruh negara telah mendaftar di dalam PIKAS. Daripada jumlah ini 101,117 telah menerima dos pertama vaksinasi.
Setakat 14 Julai 2021 juga, sebanyak 19 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) PIKAS telah memulakan operasi di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu. MITI dengan kerjasama Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) dan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) sedang melipatgandakan usaha untuk menambah bilangan PPV PIKAS sedia ada bagi meningkatkan pemberian vaksin di kalangan tenaga kerja dalam sektor pembuatan di Malaysia.” kata MITI.
Bagi syarikat-syarikat sektor pembuatan yang berminat untuk menyertai PIKAS, sila layari www.miti.gov.my atau hubungi talian hotline PIKAS di 03-62071193, 03-62071194, 03-62071195 atau 03-62071196. Sebarang pertanyaan berkenaan PIKAS juga boleh diemelkan ke pikas.enquiry@miti.gov.my.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment