Untuk makluman, Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah dipertanggungjawab untuk melaksanakan beberapa inisiatif berhubung dengan pengekalan dan pewujudan peluang pekerjaan di bawah inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dengan mensasarkan 180,000 peluang pekerjaan sehingga Disember 2021.
Dalam usaha memastikan manfaat yang disediakan ini mencapai kepada semua golongan sasar, PERKESO bercadang untuk mengadakan sesi taklimat perkongsian inisiatif PEMULIH yang dilaksanakan oleh PERKESO dan program-program lain yang berkaitan termasuk penganjuran sesi temuduga terbuka kepada pihak NGO.
PERKESO memohon supaya pihak NGO membuat pengesahan kehadiran melalui pautan https://bit.ly/3hHGAik sebelum 21 Julai 2021 supaya pihak PERKESO dapat berhubung terus untuk menyampaikan maklumat berhubung inisiatif tersebut.
Kerjasama NGO dalam menjayakan sesi perkongsian ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekiranya ada sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 017 – 645 5284 (Cik Fathiha)
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment