15 JULAI 2021 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa Kedai Komputer dan Telekomunikasi serta Kedai Buku dan Alat Tulis dibenarkan untuk beroperasi sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa esok.
Menurut beliau di dalam satu kenyaan media yang diedarkan hari ini, pandemik COVID-19 telah mengubah cara pembelajaran harian, dan semua institusi pendidikan kini mempraktikkan sistem pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian.
“Sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini bersetuju untuk membenarkan Kedai Komputer dan Telekomunikasi serta Kedai Buku dan Alat Tulis untuk beroperasi sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa 16 Julai 2021.
Kebenaran ini diberikan setelah mengambil kira maklumbalas pelajar, ibubapa serta tenaga pengajar dan untuk memastikan guru serta pelajar dapat menjalankan PdPR tanpa ganguan.
Tambah beliau sidang khas juga bersetuju untuk membenarkan pergerakan pelajar dari kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan diperketatkan (PKPD) atau ke kawasan PKPD dengan syarat mendapat kebenaran PDRM bagi tujuan mengambil peperiksaan termasuk peperiksaan professional.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment