14 JULAI 2021 – Parkir tingkat bawah, Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, kini dijadikan wad rawatan pesakit COVID-19 bagi menampung keperluan rawatan pesakit COVID-19 kategori 4 dan 5 yang semakin meningkat di Lembah Klang.
la dilaksanakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menyediakan Zon Pengurusan Bencana (DMZ) dengan bantuan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Agensi Pengurusan Bencana Malaysia (NADMA).
Bagi membantu petugas barisan hadapan di DMZ tersebut, Pertubuhan Sukarelawan Jalinan Nasional (SARJANA), sebagai sebuah badan bukan kerajaan berlatarbelakangkan kebajikan dan misi kemanusiaan,dengan kerjasama IMPACT Malaysia, terpanggil untuk menyumbangkan 20 buah kipas industry (industrial fan).
Sumbangan ini adalah sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada petugas barisan hadapan yang berkhidmat tanpa mengenal penat lelah sepanjang tugasan dan pengoperasian dalam berhadapan penularan pandemik COVID-19.
Kipas industri ini juga antara lain akan membantu meringankan beban hospital menampung keperluan pesakit selain memberi keselesaan kepada pesakit COVID19.
Bekalan disumbangkan berdasarkan maklum balas diberikan oleh pasukan pentadbiran hospital dan akan diserahkan oleh Pengerusi SARJANA merangkap Lembaga Pemegang Amanah IMPACT Malaysia, Datuk Khaidiriah binti Datuk Seri Abu Zahar kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan (KPPK) Lt Jen Dato (Dr) Zulkeffeli bin Mat Jusoh.
Diharapkan sumbangan ini dapat menyuntik semangat petugas barisan hadapan untuk terus kekal tabah menjalankan tugas demi dan bakti kepada bangsa dan negara
- The art of letting go
- Shop LC Hosts Historic 24-Hour Paraiba Tourmaline Event – Rarer Than Diamonds!
- TopCare named an official health and wellness sponsor for PGA TOUR golfer Patrick Rodgers
- Yoga Pilates Physiotherapy Studios in Central Hong Kong – New State-of-the-Art Facilities for Personal Trainers
- VEON’s Jazz to Deploy 1,000 Solar Sites across Pakistan in collaboration with Huawei
Leave a comment