10 JULAI 2021 – Kerajaan akan meningkatkan penyampaian maklumat menerusi media rasmi dan media-media lain ketika negara sedang berdepan pandemik terutama pandemik Covid-19.
Menteri Komunikasi Multimedia Malaysia, Dato’ Saifuddin Abdullah berkata, pada masa kini kerajaan menggunakan tiga prinsip asas iaitu kebijaksanaan, pengajaran yang baik dan dialog yang berkesan.
“Kerajaan akan menyampaikan maklumat sahih berkaitan Covid-19 dan berkaitan inisiatif kepada rakyat menerusi media rasmi selain bekerjasama rapat dengan pengamal media swasta selain mengadakan perjumpaan bersama editor kanan akhbar bagi berkongsi maklumat untuk disampaikan kepada penonton, pendengar dan pembaca”, ujar beliau.
Saifuddin hari ini menyampaikan ucaptama bersempena 3rd International Conference on Islam, Media dan Communication 2021 (ICIMAC 2021) dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertemakan Komunikasi Media dan Kesan Ketika Krisis secara maya.
Turut menyertai sidang tersebut ialah Profesor Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin, Naib Canselor, USIM.
Beliau turut menekankan kepentingan untuk berdialog dan menjawab serta membidas kembali hujah pihak lain yang tidak bersetuju dengan dasar kerajaan selain pertimbangan untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya keadaaan dilihat melampaui batas.
Menurut beliau lagi, suasana kini berubah di mana media sosial lebih pantas menyiarkan sesuatu berita dan fungsi masyarakat pada hari ini yang boleh menjadi wartawan atau pelapor berita.
Justeru itu, beliau menyarankan masyarakat harus bijak menilai dan menerima maklumat yang diterima sama ada sahih atau palsu.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment