9 Julai 2021 – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memasuki pejabat rasmi di Perdana Putra, di sini bagi memulakan tugas rasminya sebagai pemimpin nombor dua dalam pentadbiran kerajaan Malaysia.
Ismail Sabri tiba di perkarangan Kompleks Perdana Putra pada jam 10 pagi telah disambut oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Jamil Rakon.
Beliau telah mengimbas kad perakam waktu sebelum memasuki pejabatnya di Aras 4 dan kemudian menandatangani Buku Selamat Datang, diikuti bacaan doa yang dipimpin oleh Pegawai Integriti JPM Muhd Redza Ahmad.
Ismail Sabri kemudiannya menghadiri Sidang Darurat Majlis Keselamatan Negara (MKN) secara maya bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Terdahulu, Perdana Menteri telah melantik Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan turut memaklumkan pelantikan itu dapat meningkatkan lagi keupayaan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) khususnya dalam menghadapi pandemik COVID-19 yang sedang dihadapi negara.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment