CYBERJAYA, 9 Julai 2021 – Orang awam dinasihatkan untuk berhati-hati dengan penularan maklumat tidak benar berkaitan pemberian vaksin jelas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dalam satu kenyataan media hari ini.
Terbaharu kes mengenai maklumat tidak benar yang melibatkan dakwaan pemberian vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bangi Avenue Convention Centre (BACC) yang tular melalui WhatsApp.
Jelas MCMC, pemberian maklumat peribadi kepada pihak yang tidak dikenali secara tidak langsung boleh membuka ruang kepada risiko eksploitasi maklumat peribadi dan pelanggaran privasi.
“Semua maklumat mengenai program vaksinasi perlu dirujuk kepada saluran- saluran rasmi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dan Pejabat Kesihatan Daerah di tempat tinggal masing-masing” katanya.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment