8 JULAI 2021 – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan jemaah menteri yang telah dilantik masih kekal serta boleh menjalankan kuasa eksekutif persekutuan.
Menurut kenyataan media Peguam Negara hari, Tan Sri Idrus Harun berkata, ketika ini, kerajaan tidak mempunyai apa-apa fakta jelas yang menunjukkan bahawa Muhyiddin tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.
“Berdasarkan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, penentuan sama ada seseorang itu mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat hendaklah ditentukan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat sendiri dan bukan melalui kenyataan oleh sesuatu parti politik ataupun mana-mana pemimpin parti politik” katanya.
Dalam kenyataan lain, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mempertegaskan sokongan sepenuhnya kepada Perdana Menteri, termasuklah sokongan tidak berbelah bahagi sekalian 18 Ahli Parlimen PAS.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS turut melahirkan kekesalan terhadap sebarang tindakan yang boleh menggugat kestabilan politik dalam negara, khususnya dalam keadaan Kerajaan sedang berusaha menghadapi krisis kesihatan dan krisis ekonomi yang sedang melanda negara.
“PAS menyeru seluruh rakyat untuk bersatu hati mendukung langkah- langkah Kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19, terutamanya bagi menjayakan Pelan Pemulihan Negara yang sedang dilaksanakan” katanya.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment