5 JULAI 2021 – Pejabat Perdana Menteri memaklumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju untuk menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas diadakan selama 5 hari mulai 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos 2021 bagi Dewan Rakyat. Bagi Dewan Negara pula selama 3 hari mulai 3 hingga 5 Ogos 2021.
Menurut kenyataan media Pejabat Perdana Menteri semalam, mesyuarat tersebut bertujuan untuk memberi penerangan kepada Ahli-Ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen diadakan secara hibrid.
“Berdasarkan Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, semua proklamasi darurat dan ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong akan dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen (shall be laid before both Houses of Parliament).” katanya.
Tambah Pejabat Perdana Menteri lagi, mesyuarat tersebut akan diadakan mengikut SOP yang akan ditetntukan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Nota Jemaah Menteri telah diedar secara berutus kepada Jemaah Menteri untuk mengambil maklum mengenai perkara ini.” katanya.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment