4 JULAI 2021 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), sekolah di Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang dibenarkan beroperasi untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka, tetapi terhad kepada murid kelas peperiksaan sahaja.
Menurut KPM di dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, MKN juga memberi kebenaran pergerakan rentas negeri dan daerah bagi guru dan murid kelas peperiksaan yang terlibat sekiranya sekolah dibuka.
“Walau bagaimanapun, KPM ingin memaklumkan bahawa Takwim Persekolahan KPM tahun 2021 adalah kekal seperti yang telah diumumkan oleh YB Menteri Kanan Pendidikan dalam sidang media pada 6 Jun 2021.
Ini bermakna, sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi murid kelas peperiksaan di negeri Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang akan terus dilaksanakan secara pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sehingga cuti pertengahan penggal yang akan bermula pada 16 Julai 2021 bagi negeri Kumpulan A dan 17 Julai 2021 bagi negeri Kumpulan B.” kata KPM.
Tambah KPM, pemakluman lanjut mengenai pengoperasian sekolah bagi sesi persekolahan penggal berikutnya yang dijadualkan pada 25 Julai 2021 bagi negeri Kumpulan A dan 26 Julai 2021 bagi negeri Kumpulan B akan dibuat oleh KPM sekurang-kurangnya seminggu sebelum penggal persekolahan tersebut bermula.
- HOFA Gallery and PhillipsX Presents SPACES II: Capturing the Ephemera at Phillips’ Asia Headquarters in Hong Kong’s West Kowloon Cultural District
- Uncertainties shaping the global economy Implications for Malaysia and the world
- Sibu Struck by Flash Floods Again: 65 Evacuees Take Shelter
- ETS Expansion to Segamat Boosts Mobility and Economy
- Changing US leadership puts climate actions in retreat
Leave a comment