3 JULAI 2021 – Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin berkata bahawa PICK telah menunjukkan kemajuan memberangsangkan.
Menurut Khairy di dalam satu video yang diedarkan hari ini, kadar purata vaksinasi pada bulan Jun menccah hampir 170 ribu suntikan sehari melepasi sasaran 150 ribu.
“Ketika ini, kadar vaksinasi harian Malaysia melepasi kadar purata per kapita vaksinasi dunia. Vaksinasi harian Malaysia juga kebelakangan ini mencatat jumlah 250 ribu suntikan secara konsisten.
Dan bagi bulan Julai ini, kita mensasarkan kadar purata vaksinasi meningkat kepada angka 300,000 suntikan sehari.” katanya.
Tambah Khairy, pada penghujung bulan Mei yang lalu, jumlah individu yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin adalah sebanyak 5.9% populasi negara. Sekarang (Jun) jumlahnya telah meningkat ke 18%. Ini menujukkan peningkatan sebanyak 200% pada bulan Jun.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment