2 JULAI 2021 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan pelantikan Datin Sri Hajah Nor Zamani binti Abdol Hamid sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) yang baharu berkuat kuasa pada 22 Jun 2021.
Beliau berkelulusan ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sosiologi dan Antropologi dan Ijazah Sarjana Pendidikan daripada Universiti Malaya.
Datin Sri Hajah Nor Zamani, 59 tahun merupakan KPPM yang ke-18 dan merupakan wanita ketiga dilantik sebagai KPPM. Beliau telah memulakan perkhidmatan dalam dunia pendidikan pada tahun 1986 sebagai Ketua Jabatan A-Level di Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan.
Sepanjang 35 tahun dalam perkhidmatan, beliau juga telah berkhidmat di pelbagai organisasi dalam KPM. Antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau adalah Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum), Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta.
KPM yakin Nor Zamani dapat menggalas tanggungjawab sebagai peneraju perkhidmatan pendidikan dan seterusnya meningkatkan lagi prestasi KPM dalam mencapai aspirasi pendidikan negara, ujar kementerian tersebut dalam kenyataan media hari ini.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment