1 Julai 2021 – Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan bahawa tarikh akhir pendaftaran dan penebusan untuk Program Jaringan Prihatin akan dilanjutkan selama satu (1) bulan, iaitu sehingga 31 Ogos 2021. Tambah beliau, tempoh perlaksanaan program juga akan dipanjangkan, sehingga 31 Ogos 2022.
Menurut Tengku Zafrul di dalam siaran media yang dikeluarkan semalam, perlanjutan tersebut akan membolehkan pemohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang baru diluluskan untuk berdaftar dengan program Jaringan Prihatin.
“Permohonan untuk Jaringan Prihatin boleh dibuat secara dalam talian atau melalui aplikasi syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian.” katanya.
Tempoh perlaksanaan program dan tarikh akhir akan dilanjutkan adalah seperti berikut:
Butiran | Tarikh Akhir Baharu |
---|---|
Pendaftaran | 31 Ogos 2021 |
Penebusan Pakej Peranti | 31 Ogos 2021 |
Tempoh Perlaksanaan Program | 5 Mei 2021 hingga 31 Ogos 2022 |
Program Jaringan Prihatin adalah sebuah inisiatif di bawah Belanjawan 2021 dan dirtambahbaik di bawah pakej PEMERKASA, di mana semua penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) layak mendapatkan bantuan bagi perkhidmatan data internet atau pembelian peranti mudah alih melalui dua belas (12) syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian. Program bernilai RM3.5 bilion ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Mei 2021.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lazim, sila layari: belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/jaringanprihatin.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment