2 JULAI 2021 – Kebanyakan para penerima suntikan dos vaksin AstraZeneca yang pertama, telah menerima tarikh dan masa janji temu bagi dos kedua mulai awal pagi hari ini melalui aplikasi MySejahtera.
Pengguna MySejahtera diingatkan supaya menyemak status aplikasi tersebut. Juga diingatkan untuk sahkan tarikh dan masa. Terdapat juga pilihan untuk batalkan janji temu yang telah ditetapkan.
Semalam Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) bersetuju untuk mempercepatkan suntikan kedua dos vaksin AstraZeneca (AZ) daripada 12 minggu kepada sembilan minggu.
Kata Khairy, lebih satu juta penerima suntikan pertama AZ pada Mei lepas akan menerima notifikasi secepat mungkin untuk mendapatkan suntikan kedua.
“Berdasarkan mesyuarat JKJAV minggu lepas dan sumbangan vaksin Kerajaan Jepun, kita setuju untuk kurangkan tempoh masa suntikan kedua dos vaksin AZ kepada sembilan minggu,” katanya.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment