KUALA LUMPUR 1 JULAI 2021 – Secara purata sebanyak dua kes bunuh diri berlaku setiap hari dalam tahun 2019 sehingga Mei 2021 di negara ini, jelas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan.
Menurut beliau, kes bunuh diri yang dicatatkan pada tahun 2019 adalah sebanyak 609 kes. Manakala pada tahun 2020 sebanyak 631 kes dan bagi tempoh Januari hingga Mei tahun 2021 pula berjumlah 468 kes
“Pecahan mengikut jantina bagi tempoh yang sama adalah seramai 281 orang lelaki dan 1,427 orang wanita telah dilaporkan membunuh diri. Kebanyakan mangsa yang terlibat adalah berumur 15 hingga 18 tahun iaitu berjumlah 872 orang dan mangsa berumur 19 hingga 40 tahun pula seramai 668 orang” katanya.
“Negeri Johor telah mencatatkan kes tertinggi pada tahun 2019 dan tahun 2020 iaitu sebanyak 101 kes. Manakala pada tahun 2021 (Januari hingga Mei), negeri Selangor telah mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 117 kes”.
Tambah beliau, siasatan turut mendapati tiga punca utama yang menyebabkan kejadian bunuh diri ini, iaitu mangsa menghadapi masalah keluarga, tekanan perasaan dan kewangan. Cara membunuh diri yang kerap berlaku berdasarkan statistik adalah gantung diri (75.1%), terjun bangunan (13.6%) dan minum racun (5.7%).
“Berdasarkan trend kejadian bunuh diri yang berlaku, semua pihak yang bertanggungjawab terutamanya masyarakat harus memainkan peranan penting bagi membendung gejala ini. Individu yang mengalami masalah seperti kewangan, kesihatan, tekanan perasaan, kemurungan, masalah keluarga dan sebagainya haruslah diberi bantuan serta sokongan daripada pihak keluarga dan rakan-rakan terdekat”.
“Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyeru individu yang mengalami masalah dan tekanan seperti yang dinyatakan di atas supaya mendapatkan bantuan serta sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan terdekat dan juga pihak-pihak yang menyediakan khidmat nasihat” katanya.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment