PUTRAJAYA 30 JUN 2021 – Bilangan keseluruhan yang telah divaksinasi adalah sebanyak 7,824,912 dan jumlah ini akan mencecah 8 juta dos pada hari ini seperti mana yang disasarkan oleh pihak kerajaan.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kadar vaksinasi negara akan terus meningkat dan konsisten seperti yang disasarkan sebelum ini.
“Pada 24 Jun, kita sekali lagi telah mencapai rekod baharu dengan catatan sebanyak 268,604 suntikan dos sehari dengan peningkatan 19% berbanding pada minggu sebelumnya” katanya dalam sidang media mingguan PICK di Putrajaya hari ini.
Konsistensi dalam kadar vaksinasi yang kini sedang giat diperhebatkan akan terus menyasarkan kepada penanda aras baharu yang lebih tinggi selari dengan sasaran Pelan Pemulihan Negara untuk mencapai imuniti yang luas secepat mungkin.
Pusat Pemberian Vaksin baharu akan turut ditambah dan dinaik taraf termasuk PPV secara pandu lalu, PPV Bergerak dan program Outreach Home-to-Home dengan peruntukan keseluruhan berjumlah 200 juta ringgit.
Selain itu, suntikan tambahan yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada Isnin lepas iaitu penambahan bekalan vaksin sebanyak RM400 juta juga turut membantu untuk memperhebat jadual pelaksanaan PICK.
Tambah beliau lagi, bayaran sagu hati kepada sukarelawan kesihatan bertugas akan turut ditingkatkan kepada RM100 sehari bermula bulan ini.
“Dengan inisiatif yang diumumkan, kita yakin usaha vaksinasi PICK akan dapat ditingkatkan dan terus diperhebatkan bagi minggu dan bulan seterusnya” katanya.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment