18 JUN 2021 – Timbalan Menteri Perpaduan, Ti Lian Ker mengingatkan Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang tentang perkara-perkara berkaitan pandemik COVID-19 yang pernah dicadangkan oleh para pemimpin Pakatan Harapan. Ini susulan dari kenyataan Lim yang menyeru agar kabinet memohon maaf atas mereka yang terkorban akibat COVID-19.
“YB Lim Kit Siang menyeru agar kabinet memohon maaf atas mereka yang terkorban akibat Covid.
Perihal ini, saya secara rendah diri ingin mengingati YB Lim, tentang apakah yang dicadangkan oleh pemimpin gabungan Parti YB Lim dalam isu berkenaan dengan covid-19.” tulis Ti Lian Ker dalam Facebook rasmi beliau semalam.
Beliau menyenaraikan pautan seperti berikut :
1.) Bekas Menteri Pelancongan PH yang meminta “ Jangan halang pelancong ke lokasi tumpuan “ , pada 28 Januari 2020, dimana wabak sedang tular di negara asing dan berisiko membawa masuk ke Malaysia. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tolong-jangan-halang-pelancong-ke-lokasi-tumpuan-ini-tidak-bagus-mohamadin-ketapi-229216?amp=1&fbclid=IwAR3cgI39B6456ZvwGgPlDm9lwVv5Io2blyyuu6YFU_b4R7iSqcIiUfrT5Zk
2. Bekas Menteri Kesihatan PH mengatakan jangan lock down dan hanya perlukan penjarakkan sosial ketat pada 16 Mac 2020, yang tidak akan berjaya.https://m.malaysiakini.com/news/514915.
3. Bekas Ketua Menteri Warisan-PH Sabah yang “ rela mati politik daripada serah kerajaan “, dengan membubarkan DUN dan menyebabkan penularan gelombang dari Negeri Sabah.https://m.malaysiakini.com/news/551086
4. Pemimpin Warisan PH Mohamadin Ketapi yang mengatakan “ Jangan percaya kepada penularan Covid “ sewaktu Covid sedang menular di Malaysia sewaktu PRN. https://www.airtimes.my/2020/09/22/jangan-percaya-wabak-covid-19-mohamaddin-ketapi/amp/?fbclid=IwAR1vm_Daw-t9e_TFMuQ6hmA5-lSufgbT3PfmNkP9EzcCYYfoRLgpfxxQnpw
“Untuk makluman YB Lim, Kerajaan Warisan PH Sabah menubuh kerajaan pada 2018 dengan menerima ADUN yang melompat dari Barisan Nasional.
Ini bermaksud Warisan dan PH menerima dan melaksanakan idea bahawa wakil rakyat boleh menukar parti.” tambah Naib Presiden MCA itu.
“Kerajaan kini tengah berusaha bersama rakyat untuk membendung wabak ini, namun saya percaya bahawa, keadaan akan menjadi jauh lebih teruk jikalau pemimpin-pemimpin dari Parti YB Lim masih memerintah.
Baik YB Lim memahami bahawa satu jari dituju luar, empat yang menuju ke arah sendiri.
Selamat sejahtera YB Lim. No offence, not personal attack but a fair reply without prejudice.” ujar beliau.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment