KUALA LUMPUR 16 JUN 2021 – Selain dari Selangor, vaksinasi untuk sektor pembuatan di bawah Program Imunisasi Industri Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) COVID-19 juga akan dimulakan di Pulau Pinang dan Johor secara serentak yang akan memberi tumpuan kepada subsektor pembuatan yang kritikal.
Menurut satu kenyataan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melancarkan PIKAS di Selangor pada hari ini.
“Program PIKAS dilaksanakan sebagai langkah responsif kepada cadangan dari persatuan industri, dewan perniagaan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk membantu mempercepat vaksinasi bagi rakyat khususnya pekerja, untuk mencapai imuniti kelompok di kalangan masyarakat”.
“Ini amat penting dalam melindungi pekerja daripada risiko jangkitan COVID-19 kerana keselamatan mereka dapat memastikan ekonomi kembali cerdas dan terus berdaya tahan” katanya.
Terdahulu Menteri Kanan MITI, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali memberi jaminan bahawa pekerja yang menyertai program ini tidak akan dibebani dengan kos tambahan katanya pada sidang video dengan wakil kesatuan sekerja yang dijalankan semalam.
“Vaksin akan diberi secara percuma dan majikan perlu menanggung kos pentadbiran proses vaksinasi dan tidak dibenarkan untuk memotong gaji pekerja bagi membiayai kos yang terlibat”.
“Kerajaan akan meningkatkan kadar vaksinasi pada bulan Jun, Julai dan Ogos dengan menyasarkan imuniti kelompok dapat dicapai di Lembah Klang dan Putrajaya serta menggesa para majikan untuk menggalakkan para pekerja menyertai program PIKAS ini” katanya.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment