16 JUN 2021 – Setiausaha Organisasi Kebangsaan Parti Tindakan Demokratik (DAP) Loke Siew Fook memaklumkan bahawa Kongres Parti DAP yang ditetapkan sebelum ini untuk berlangsung pada Ahad, 20 Jun 2021, adalah ditangguhkan.
Menurut Loke Siew Fook di dalam satu kenyataan media hari ini, Ibu Pejabat Kebangsaan DAP telah menerima surat balas daripada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Haji Jasri bin Kassim yang bertarikh 11 Jun 2021 terhadap rayuan untuk menangguhkan Kongres Parti DAP.
“Dalam surat tersebut, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) memutuskan bahawa pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) bagi semua pertubuhan berdaftar termasuk parti politik hendaklah DITANGGUHKAN sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0).
JPPM juga menghendaki pihak kami untuk mengemukakan cadangan tarikh pelaksanaan Kongres Parti DAP yang baru dan SOP tambahan sebaik sahaja tempoh PKP berakhir.
Justeru itu, saya ingin mengesahkan secara rasmi bahawa Kongres Parti DAP yang ditetapkan sebelum ini untuk berlangsung pada Ahad, 20 Jun 2021, adalah DITANGGUHKAN.” kata beliau.
Tambahnya, tarikh baru Kongres Parti DAP hanya boleh ditentukan selepas tempoh PKP ditamatkan oleh kerajaan.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment