14 JUN 2021 – Pelajar lepasan SPM boleh membuat permohonan semula ke program Sijil, Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) mulai 15 Jun 2021 hingga 21 Jun 2021.
Menurut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di dalam kenyataan media semalam, keputusan membuka semula permohonan kemasukan pelajar lepasan SPM diambil bagi memberi peluang kepada pelajar yang tidak berkesempatan untuk berbuat demikian dalam tempoh yang telah ditetapkan sebelum ini.
“Sehubungan dengan itu, pemohon boleh melayari portal rasmi upu.mohe.gov.my sama ada untuk membuat permohonan kemasukan atau membuat pilihan program pengajian untuk melanjutkan pengajian ke IPTA dan ILKA di mana berkaitan.
Diharapkan keputusan ini dapat memberi ruang yang secukupnya kepada pelajar untuk mengemukakan permohonan bagi memudahkan urusan pemohon untuk melanjutkan pengajian.” kata KPT.
Maklumat bagi rujukan :

- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment