PUTRAJAYA 13 JUN 2021 – Malaysia memutuskan tidak akan menghantar jemaah haji bagi Musim Haji 1442H serta akur dan menghormati keputusan Kerajaan Arab Saudi yang hanya membenarkan ibadah haji dijalankan bagi warganegara Saudi dan penduduk negara lain yang telah berada dalam negara tersebut.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), Senator Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata bahawa beliau sebelum ini menerima panggilan telefon daripada Tuan Yang Terutama Dr. Abdelfattah Sulaiman Mashat, Timbalan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi berkenaan keputusan Kerajaan Arab Saudi tersebut, ujar beliau dalam satu kenyataan media.
“Hal ini disebabkan situasi semasa pandemik COVID-19 yang membimbangkan di seluruh dunia” ujar beliau.
Beliau juga komited untuk memastikan segala urusan rakyat Malaysia yang telah berada di sana dan terpilih untuk melaksanakan ibadah Haji bagi Musim Haji 1442H diuruskan dengan sebaiknya oleh Lembaga Tabung Haji, selaras dengan Prosedur Standard Operasi (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.
“Keputusan ini sudah pasti amat berat dan sukar untuk diterima, tetapi kita tetap yakin dengan hikmah di sebalik keputusan tersebut. Sesungguhnya hifz al-nafs (memelihara nyawa) adalah salah satu daripada prinsip Maqasid Syariah yang sentiasa dijunjung oleh Kerajaan Malaysia dalam mengambil sebarang keputusan”, ujar beliau lagi.
Zulkifli turut merakamkan setinggi penghargaan kepada Khadimul Haramain Raja Salman bin Abdulaziz dan Kerajaan Arab Saudi yang sentiasa menjaga dan memelihara hubungan baik dengan Kerajaan Malaysia.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment