PUTRAJAYA 11 JUN 2021 – Malaysia mencatatkan pertumbuhan tertinggi sebanyak 72.5 peratus pada April 2021 dengan nilai jualan Pembuatan berjumlah RM130.6 bilion. Berasaskan bulan ke bulan, nilai jualan naik 2.9 peratus.
Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin peningkatan pertumbuhan pada April 2021 ini juga merupakan kesan pemulihan akibat base effect dari pelaksanaan PKP 1.0 pada tahun lepas.

“Peningkatan mendadak ini dipacu oleh Produk Kelengkapan Pengangkutan & Pembuatan Lain (332.4%), Produk Elektrik & Elektronik (80.2%) dan Produk Petroleum, Kimia, Getah & Plastik (49.1%).
Jumlah pekerja sektor Pembuatan pada bulan April 2021 adalah seramai 2,235,004 orang, meningkat 3.0 peratus berbanding 2,169,473 orang pada April 2020.” katanya di dalam satu kenyataan hari ini.

Jumlah gaji & upah yang dibayar adalah berjumlah RM7,385.6 juta, meningkat 8.2 peratus atau RM560.2 juta pada April 2021 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.
“Pada masa yang sama, nilai jualan per pekerja meningkat 67.4 peratus kepada RM58,454 berbanding bulan yang sama tahun 2020. Sementara itu, purata gaji & upah setiap pekerja adalah sebanyak RM3,304 pada bulan April 2021.” kata Dr. Mohd Uzir.
- British Council East Asia Education Week 2025 Strengthening UK-East Asia higher education partnerships
- Finexcellent Ramadan: Trade, Learn, and Give Back
- Trend Micro Ranked #1 Channel Champion by Canalys
- Prudence Foundation launches 2025 Disaster Tech Awards and partnership with AVPN
- MSIG expands Political Risk and Trade Credit capabilities in Hong Kong and Singapore through strategic collaboration with its USA office
Leave a comment