6 Jun 2021 – Jumlah kes baharu COVID-19 di Malaysia pada hari ini terus menunjukkan penurunan iaitu sebanyak 6,241 kes berbanding semalam (7,452).
Merujuk kepada hantaran di Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), berlaku penurunan bilangan kes baharu di Selangor dan Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun Selangor kekal menjadi negeri yang menyumbang kes harian tertinggi dengan 2,178 kes dikuti Kuala Lumpur (415), Kelantan (270), Sarawak (600), Negeri Sembilan (556) dan Johor (565).
Selain itu, Kedah merekodkan 125 kes, Pulau Pinang (271), Pahang (155), Terengganu (158), Perak (174), Melaka (225), Sabah (305), Labuan (212) dan Putrajaya (30). Sementara itu Perlis mencatat 2 kes baharu.
Jumlah keseluruhan kes terkini adalah sebanyak 616,815
- British Council East Asia Education Week 2025 Strengthening UK-East Asia higher education partnerships
- Finexcellent Ramadan: Trade, Learn, and Give Back
- Trend Micro Ranked #1 Channel Champion by Canalys
- Prudence Foundation launches 2025 Disaster Tech Awards and partnership with AVPN
- MSIG expands Political Risk and Trade Credit capabilities in Hong Kong and Singapore through strategic collaboration with its USA office
Leave a comment