KUALA LUMPUR, 5 Jun — Datuk Seri Ahmad Ismail atau lebih dikenali sebagai Tok Mat telah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) berkuat kuasa 12 tengah malam tadi.
Menurut beliau perletakan jawatan itu atas rasa tanggungjawab terhadap konflik melanda badan induk sukan berkenaan sejak akhir-akhir ini
“Pemimpin datang dan pergi, patah tumbuh hilang berganti, namun PSM harus dipertahankan, ini harapan saya,” katanya dalam satu program disiarkan Astro Arena, PM Bersama AM, malam tadi.
Sehubungan itu, beliau juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua ahli gabungan terhadap kerjasama baik diberikan mereka terhadap program atau kejohanan dianjurkan PSM selama ini termasuk Sepak Takraw League.
Ahmad telah memegang tampuk kepimpinan PSM sejak 27 Dis 2002. Pada 24 Februari lepas telah menghantar surat kepada Majlis Olimpik Asia dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. Akibatnya Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) pada 20 Mei lepas menyingkirkan PSM sebagai ahli gabungan badan induk itu berkuat kuasa serta-merta.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment