KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah meluluskan 366 daripada 1786 permohonan surat kebenaran beroperasi dan pergerakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 1 Jun 2021 melalui sistem COVID-19 Intelligent Management System (CIMS).
“Daripada jumlah tersebut, 132 kelulusan melibatkan syarikat perkhidmatan telekomunikasi, 108 berkaitan penyiaran dan 126 berkaitan pos dan kurier” jelasnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Baki 1,420 permohonan lagi telah ditolak atas alasan perkhidmatan bukan di bawah Sektor Komunikasi, bukan pemegang lesen atau menjalankan perkhidmatan perlu dan tidak tersenarai sebagai vendor, pengedar atau ejen yang disahkan oleh pemegang lesen.
Dalam kenyataan yang sama MCMC memohon kerjasama semua pihak untuk memastikan status syarikat yang memohon benar-benar tergolong dalam perkhidmatan perlu untuk memastikan kelancaran proses pengesahan.
“Bagi mereka yang bukan pemegang lesen yang dikeluarkan oleh MCMC, syarikat perlu mendapat pengesahan pihak pemegang lesen yang berkaitan terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan melalui CIMS” katanya.
CIMS merupakan pusat sehenti yang diuruskan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk tujuan pengeluaran surat kebenaran beroperasi dan pergerakan semasa PKP kepada semua sektor industri yang dianggap sebagai perkhidmatan perlu.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment