4 Jun 2021 – Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 akan diumumkan pada 10 Jun 2021 (Khamis) mulai pukul 10.00 pagi.
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia melalui satu kenyataan media yang diedarkan hari ini, Calon sekolah dan calon persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui pautan yang akan dibuka mulai 10 Jun 2021 atau menerusi perkhidmatan SMS.
“Calon boleh mendapatkan keputusan penuh secara dalam talian di pautan myresult1.moe.gov.my atau myresult2.moe.gov.my.
Atau boleh mendapatkan ringkasan keptusan SPM 2020 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak> AngkaGiliran dan hantar ke 68886. Perkhidmatan ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 10 Jun 2021 sehingga pukul 6.00 petang pada 17 Jun 2021.” kata KPM.
Tambah KPM, bagi calon sekolah yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan mengenalpasti calon tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.
“Bagi calon persendirian yang tidak mempunyai capaian internet pula, pihak Jabatan Pendidikan Negeri/Pejabat Pendidikan Daerah akan mengenalpasti calon persendirian tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.” ujar KPM.
- Government Committed to Strengthening Aviation Industry, Malaysia Airlines Orders 30 Boeing 737 Aircraft
- Building government digital resilience, securing the future
- The paradox of convenience
- 8.5 million to receive Rahmah Cash Assistance (STR) Phase 2 Before Aidilfitri
- Aaron Extends Greetings on International Day for the Elimination of Racial Discrimination
Leave a comment