KUALA LUMPUR 2 Jun 2021 – Perkhidmatan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) akan berhenti beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula Jumaat ini, 4 Jun 2021 sehingga notis lanjut dikeluarkan.
Keputusan itu dibuat selepas rundingan bersama Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat dengan mengambil kira arahan kerajaan berhubung langkah bekerja dari rumah serta sekatan perjalanan yang lebih ketat disebabkan oleh PKP 3.0 jelasnya dalam satu kenyataan semalam.
“Bagi memastikan ERL mampu meneruskan perkhidmatan kepada semua pelanggannya sebaik sahaja PKP ditamatkan dan kekal mampan dari segi kewangan, syarikat dengan penuh rasa kesal terpaksa menggantung sementara perkhidmatannya sehingga notis lanjut”.
Dalam kenyataan yang sama, pihak ERL memaklumkan selepas lebih setahun penularan COVID-19, hampir tidak ada perjalanan udara dan bilangan pengguna perkhidmatan tren tersebut adalah terhad.
Keadaan ini telah menyebabkan sebanyak 69 peratus purata pengguna harian ERL merosot pada tahun2020 berbanding tahun2019 sebelum wabak COVID-19 melanda negara.
“Arahan PKP 3.0 yang ketat, purata penumpang dijangka terus merosok sebanyak 89 peratus berbanding tahun sebelumnya” katanya.
Maklumat berhubung opsyen pengangkutan dari setiap stesen ERL dan kemas kini perkhidmatan boleh didapati di laman sesawang www.KLIAekspres.com, Facebook serta Twitter KLIA Ekspres dan bagi mereka yang memerlukan bantuan lanjut sila hubungi Pertanyaan Pelanggan di talian 03-2267 8000.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment