3 Jun 2021 – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Dato Sri Haji Wan Junaidi Wan Jaafar memaklumkan bahawa beliau dan semua pegawai beliau didapati negatif COVID-19.
Kata beliau dalam satu hantaran di Facebook raminya hari ini, pada painggu lepas, beliau dan beberapa pegawai telah menjalani kuarantin kendiri setelah diberitahu bahawa mereka merupakan kontak rapat dengan seorang pegawai agensi yang positif Covid-19.

“Kami telah menjalankan ujian swab secepat mungkin dan seluruh pejabat juga turut disanitasi. Setelah menjalani kuarantin selama 10 hari dan ujian swab sebanyak dua kali, Alhamdulillah semua pegawai termasuk saya didapati negatif Covid-19.
Ini adalah satu peringatan buat semua agar lebih berhati-hati. Kes positif Covid-19 dikesan di pelbagai lokasi sekarang. Sentiasa jaga penjarakan anda dan gunakan topeng muka untuk sebarang perjumpaan. Vaksinasi juga merupakan ikhtiar terbaik bagi menhalang jangkitan penyakit ni menjadi mudarat.” kata Dr. Wan Junaidi.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pegawai kesihatan atas khidmat dan bantuan mereka yang sangat efisien.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment