2 Jun 2021 – Jumlah kes baharu COVID-19 di Malaysia pada hari ini adalah sebanyak 7,703 kes di mana berlaku peningkatan berbanding semalam (7,105).
Merujuk kepada hantaran di Twitter rasmi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berlaku peningkatan bilangan kes baharu di Selangor dan negeri tersebut kekal menjadi negeri yang menyumbang kes harian tertinggi dengan 2,728 kes, dikuti Kuala Lumpur (701), Kelantan (541), Sarawak (588), Negeri Sembilan (586) dan Johor (554).
Selain itu, Kedah merekodkan 283 kes, Pulau Pinang (407), Pahang (237), Terengganu (224), Perak (224), Melaka (209), Sabah (254), Labuan (159) dan Putrajaya (1). Sementara itu Perlis mencatat 7 kes baharu.
Jumlah keseluruhan kes terkini adalah sebanyak 587,165.

- Government Committed to Strengthening Aviation Industry, Malaysia Airlines Orders 30 Boeing 737 Aircraft
- Building government digital resilience, securing the future
- The paradox of convenience
- 8.5 million to receive Rahmah Cash Assistance (STR) Phase 2 Before Aidilfitri
- Aaron Extends Greetings on International Day for the Elimination of Racial Discrimination
Leave a comment