PUTRAJAYA 31 Mei 2021 – Projek rintis trak bergerak bagi melaksanakan pemberian vaksin COVID-19 di kawasan-kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) Kuala Lumpur bakal dilaksanakan.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata projek yang akan melibatkan 30 buah trak bergerak ini merupakan kerjasama dengan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP).
“Selain PPR, kawasan pembinaan yang masih beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di ibu negara turut dijadikan lokasi trak bergerak bagi mempercepat proses pemberian vaksin COVID-19” katanya dalam sidang media PICK semalam.
Setiap trak bergerak itu dijangka mampu membawa 100 dos vaksin dan berupaya menjalankan 100 suntikan dalam satu masa.
“Projek itu akan dimulakan dalam tempoh seminggu dari sekarang dan sekiranya berjaya, ia akan diperluaskan ke negeri-negeri lain bagi tujuan peningkatan kadar vaksinasi” katanya.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba turut hadir bersama dalam sidang media tersebut.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment